SINCE JUNE 7, 2009

Produk Muslim

HiJRAH menyediakan pelbagai barangan keperluan harian. Aspek HALAL menjadi faktor penting dalam pemilihan barangan yang dipasarkan. Keutamaan diberikan kepada pembekal Muslim selaras dengan salahsatu tagline HiJRAH iaitu Produk Muslim Keutamaan Kita.

Tidak dinafikan, terdapat barangan yang tidak mempunyai pembekal Muslim. Atas faktor inilah, pihak pengurusan HiJRAH bersikap rasional dan profesional dimana bagi barangan yang tidak mempunyai pembekal Muslim, barangan tersebut akan diperolehi daripada pembekal bukan Islam dengan memastikan status Halal barangan tersebut. Walaubagaimanapun, boleh dikata 98% barangan di HiJRAH adalah keluaran usahawan Muslim. Ini selari dengan satu lagi tagline HiJRAH iatu Pastikan Halal, Utamakan Yang Muslim.

Namun, selari dengan perjuangan umat Islam di Palestin, pihak HiJRAH mencuba sebaik mungkin untuk tidak memasarkan barangan yang termasuk dalam senarai BOIKOT!.